TERMA & SYARAT

  • Kami merupakan wakil jualan kepada Handbag Wholesale Online Store. 
  • Kami hanya menanggung segala kerugian yang berlaku disebabkan oleh kesilapan dan kecuaian kami.
  • Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat berikut:
  1. Hanya untuk pembeli yang serius sahaja.
  2. Barang dijual kepada sesiapa yang buat pembayaran terlebih dahulu.
  3. Penempahan  sah untuk tempoh 3 hari hanya apabila pembayaran penuh dilakukan. Sekiranya anda tidak membayar selepas tempoh tersebut, tempahan anda dianggap batal. Anda perlu menempah semula jika masih berminat untuk membeli.
  4. Pembeli haruslah menanggung kos penghantaran. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan yang berlaku semasa proses penghantaran.
  5. Anda diingatkan bahawa warna pada gambar adalah sedikit berbeza dari warna asal oleh kerana faktor fotografi dan tetapan pada kamera. Ada sesetengah produk  disini adalah sedikit berbeza kerana faktor tekstur warna pada gambar.
  6. Saiz juga mungkin sedikit berbeza kerana ukuran yang tidak sama tetapi tidak perlu risau kerana perbezaannya sedikit sahaja dan tidak ketara. Namun begitu, kami telah menyertakan sekali saiz setiap beg pada ruangan keterangan sebagai panduan kepada pembeli.
  7. Semua produk telah dinilai dan disemak sebaik mungkin sebelum dihantar  bagi memastikan ianya boleh digunakan dan masih berada dalam keadaan yang baik.
  8. Barang hanya akan dipos setelah bayaran penuh dilakukan.
  9. Semua barang yang telah dijual tidak boleh ditukar atau dikembalikan semula.
  10. Semua gambar adalah hak cipta terpelihara oleh Handbag Wholesale.
  11. Sebarang pertanyaan atau cadangan berkaitan produk, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di   ctisha35@gmail.com.
  12. Handbag Wholesale mempunyai hak untuk menukar atau meminda sebarang perkara atau syarat diatas tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu.

Polisi Pemulangan Stok

Barang boleh  dikembalikan atau ditukar dalam tempoh masa 2 hari bermula dari tarikh pesanan tiba, jika pelanggan mahu kembalikan atau menukar barang lain, sila pastikan anda menepati polisi seperti dibawah:

Notis penting:
1.    Pelanggan dikehendaki menanggung kos pemulangan dan penghantaran
2.    Barang hendaklah dihantar semula dalam keadaan yang asal termasuklah  label, karton atau kotak. Jika salah satu daripadanya hilang, permohonan pemulangan semula adalah tidak dilayan
3.    Jika permohonan pemulangan semula  melebihi tempoh masa 2 hari, permohonan tersebut tidak akan dilayan
4.    Barang yang rosak hanya boleh ditukar semula dengan jenis barang & warna yang sama. Tidak dibenarkan menukar dengan jenis atau warna yang lain
5.    Kami berharap para pelanggan memahami bahawa kami hanya menjalankan skim margin keuntungan yang rendah bagi  menyediakan harga produk yang berdaya saing. Oleh itu kami tidak akan menanggung kos penghantaran pemulangan atau menggantikan mana-mana produk.
6.    Semua pemulangan semula akan dibuat dalam tempoh masa 1 bulan dari tarikh tuntutan  atau boleh digantikan dengan produk yang lain sekiranya item tersebut kehabisan stok.

Boleh melakukan pemulangan/penukaran
•    Item tersebut adalah rosak teruk atau kerosakan warna


Tidak boleh melakukan pemulangan/penukaran
•    Kelonggaran benang yang sedikit, cara lipatan yang tidak tetap atau renyuk yang dihasilkan oleh kesan lipatan,warna sedikit berbeza dari warna yang ada pada gambar yang dipamerkan di website
•    Rosak setelah digunakan oleh pembeli
•    Tidak menyukai produk tersebut.
•    Produk yang dihasilkan adalah sedikit berbeza  dari gambar yang dipamerkan
•    Pembeli yang tidak memberitahu sebab penukaran dan terus mengposkan item kepada kami tidak akan dilayan
•    Barang yang telah kehabisan stok adalah tidak disediakan untuk penukaran    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan